TAKLIMAT PENGGUNAAN SISTEM D'eKS KEPADA SEKOLAH-SEKOLAH RINTIS ZON PUDU, KL

Pada 30 Mac lalu, admin bekerjasama dengan Unit HEM, JPWPKL dan PPW BANGSAR PUDU, mengadakan satu sesi taklimat penggunaan sistem kepada 5 buah sekolah di zon pudu dalam projek rintis inovasi SMK CHERAS TAHUN 2016.
Taklimat ini diadakan di salah sebuah sekolah rintis iaitu SMK SERI BINTANG SELATAN KL dengan kehadiran semua kaunselor sekolah terlibat dan turut hadir Pengawai Kaunseling PPW dan JPWPKL iaitu En. Rohaidatul Akmal dan En. Rofie.
Sebanyak 5 buah sekolah rintis dipilih untuk mengaplikasikan sistem D'eks ini. Sekolah tersebut dipilih berdasarkan 5 permohonan awal yg dibuat kepada admin apabila admin membuka tawaran dalam group whatapp guru kaunseling zon pudu. Sekolah yg terpilih akan menggunakan sistem ini secara percuma dan akan dipantau penggunaannya oleh admin dan kumpulan inovasi sistem D'eks dari SMK Cheras.5 buah sekolah yang dipilih secara rawak apabila admin membuat tawaran secara informal dalam whatsapp group ramai sekolah berminat tetapi admin hanya memilih 5 sekolah ditawaran Sistem D'eKS secara percuma kepada sekolah rintis.
Alhamdulillah.. Syukur...

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.