APLIKASI SISTEM e-PSIKOMETRIK SEKOLAH: PEMUDAHCARA KAUNSELOR DAN PAPERLESS

Tidak boleh dinafikan bahawa Inovasi Teknologi maklumat dapat menyelesaikan masalah bebanan kerja kaunselor dalam pengurusan kaunseling dan pentaksiran psikometrik murid.

Admin telah berjaya membangunkan satu lagi aplikasi sistem yang dinamakan e-Psikometrik. Sistem ini telah mula dibuka pemohonan kepada sekolah berminat bagi kegunaan pada tahun ini.  Alhamdulillah sudah hampir 20 buah sekolah memohon dan telah mula menggunakannya.

Kesemua soalan pentaksiran diambil dari KPM dan Lembaga Peperiksaan. Pengoperasian sistem ini dilakukan secara online dan dianalisis secara automatik apabila murid selesai menjawab kesemua soalan pentaksiran. 

Antara set soalan pentaksiran psikometrik online yang di sediakan dalam sistem ini ialah:

1. INVENTORI TRET PERSONALITI TINGKATAN 1
2. INVENTORI TRET PERSONALITI TINGKATAN 4
3. INVENTORI MINAT KERJAYA TINGKATAN 1 DAN 3
4. INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI KERTAS 2 TINGKATAN 3
5. INVENTORI KEMATANGAN KERJAYA TINGKATAN 5
6. UJIAN MINDA SIHAT TINGKATAN 4

Jika kaunselor sekolah menggunakan sistem ini di sekolah,  ia dapat memudahkan dan menjimatkan masa para kaunselor sebanyak 90% dari penyediaan soalan,  murid, analisis dan pelaporan kesemua sistem akan jana secara automatik. Kaunselor hanya menyediakan jadual pergerakkan murid secara mengikut kelas ke makmal komputer sekolah dan apabila semua murid selesai menjawab kaunselor hanya print dapatan atau skor murid mengikut kelas untuk diisi dalam web SePKM sahaja.

Selain itu,  dengan penggunaan sistem ini kaunselor tidak perlu memikirkan untuk resos dan membuat salinan setiap set soalan inventori yang setebal hampir 20 muka surat bagi setiap murid. Setiap set soalan inventori yang ada dalam sistem ini dapat dijawab oleh kesemua murid tanpa ada had limit submit atau login.  Dengan ini para kaunselor atau pihak sekolah dapat menjimatkan kertas dam seterusnya boleh membudayakan kerja secara paperless.

"HLP DONE"

4 comments:

cikguCMP@. Powered by Blogger.