PEMERAN INOVASI DAN KREATIVITI PERINGKAT JPWPKL

29 September 2016 lalu, admin dan pasukan mendapat jemputan dari dua sektor di JPWPKL untuk membuka 2 booth pameran sempena Hari Inovasi dan kreativiti Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung di Maktab Tentera Darat.

Satu pameran dibawah Sektor Psikologi dan Kaunseling,  admin dan rakan setugas cikgu raudzah mempamerkan Inovasi Kaunseling tahun 2015 dan 2016 iaitu SISTEM DASHBOARD eKAUNSELOR SEKOLAH dan SISTEM eKLIEN. Manakala satu lagi pameran di bawah Unit HEM, JPWPKL yang bertemakan PERKHIDMATAN KAUNSELING ABAD KE-21.

Alhamdulillah... Ramai pengunjung ke pameran kami yang terdiri dari pengetua,  guru besar,  pengurusan sekolah,  guru2,  dan kaunselor.  Dipameran admin banyak pertanyaan tentang pengoperasian sistem dan kemudahan kepada pihak sekola dan unit kaunseling sekolah.  Selain itu,  banyak tempahan sistem D'eKS yang admin terima untuk kegunaan tahun 2017.

Manakala Sistem eKLIEN pula ramai pihak pengurusan sekolah khususnya pihak pengetua dan guru besar ingin memohon untuk membuat tempahan untuk sekolah mereka, ini kerana mereka merasakan sistem ni baik untuk diaplikasikan sebagai alat perhubungan dan penyampaian maklumat kepada murid,  guru dan ibu bapa.

Pada pameran tersebut juga, booth admin dilawati oleh Puan Pengarah Pendidikan Negeri dan Timbalan2 Pengarah Pendidikan... Alhamdulillah pujian bertimpa2 admin dan pasukan terima dari mereka atas kejayaan kami diperingkat kebangsaan dan boleh menghasilkan inovasi tersebut diperingkat sekolah...

Insyaallah... Mulai bulan Oktober admin akan buka tempahan SISTEM D'eKS dan SISTEM eKLIEN kepada pihak kaunselor atau pihak pengurusan sekolah di seluruh negara...

Lawatan dari Puan Pengarah Pendidikan
Sesi penerangan Inovasi kepada Puan Pengarah
Bersama Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling,  JPWPKL
Penerangan Inovasi kepada Timbalan Pengarah Pendidikan
Bersama Timbalan Pengarah Pendidikan, mantan pengetua kami
Penerangan Inovasi kepada guru besar,  pengetua dan pentadbir
Bersama pengetua kami
Bersama Penolong Kanan Tadbir kami

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.