TAKLIMAT SISTEM D'eKS KEPADA DELEGASI LAWATAN PENANDA ARAS PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK CHERAS DARI MAJLIS GURU KAUNSELING DAERAH TANGKAK JOHOR

27 APRIL 2016 - Admin diberi peluang oleh ketua kaunselor admin untuk memberi taklimat khas kepada Delegasi dari MGK Daerah Tangkak, JOHOR. Admin difahmkan oleh ketua rombongan menyatakan minat untuk membuat lawatan ke sekolah admin, supaya guru-guru kaunseling daerahnya dapat melihat sendiri hasil INOVASI SISTEM DASHBOARD eKAUNSELOR SEKOLAH yang mendapat tempat JOHAN dalam pertandingan INOVASI KAUNSELING DAN PSIKOLOGI PERINGKAT KEBANGSAAN PADA TAHUN 2015.

Admin mengambil masa selama 2 jam untuk memberi penerangan secara jelas tentang proses, kelebihan dan hasil impak sistem ini kepada tugas sebagai seorang kaunselor sekolah. Dalam taklimat tersebut banyak soalan diutarakan kepada admin tentang keupayaan sistem ini dalam menentukan penyelesaian masalah bebanan tugas kaunselor pada hari ini. Admin memberi jaminan bahawa sistem ini dapat menjimatkan masa dalam pengurusan pelaporan sesi, pelaporan program dan perlaksanaan program minda sihat, psikometrik, semakan kendiri dan lain-lain tugas pengurusan program dasar.

Bayangkan dengan menggunakan sistem ini, bagi pelaksanaan Psikometrik, semak kendiri dan Minda Sihat, kaunselor hanya ambil masa 1 hari untuk selesaikan sepenuhnya tugas pelaksanaan dan pengurusan psikometrik, semakan kendiri dan minda sihat tanpa membuat pengiraan, key in nama dan lain-lain tugas secara trandisional sebelum ini.



Selepas sesi taklimat sistem, delegasi dibawa untuk membuat lawatan ke bilik kaunseling kami. Disini para delegasi berpeluang untuk melihat secara dekat INOVASI 2016 yang kami sedang bangunkan untuk KLIEN. Mereka menunjukan minat untuk menggunakan sendiri inovasi ini.



INOVASI e-KLIEN

INOVASI e-PELAWAT

BERGAMBAR DI SUDUT e-KLIEN 




No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.