SISTEM e-KLIEN MENDAPAT ANUGERAH EMAS INOVASI KEBANGSAAN 2016

27 OKTOBER 2016 yang lalu, inovasi Sistem e-KLIEN mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan apabila dianugerahkan PINGAT EMAS dalam Pertandingan Inovasi dan Kreativiti  Psikologi dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan anjuran Bahagian Psikologi dan Kaunseling bagi Tahun 2016. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB.  Menteri Pendidikan Malaysia.

Anugerah Pingat Emas yang kami perolehi berdasarkan penilaian inovasi yang dibuat menepati kualiti inovasi yang dicipta setaraf anugerah emas iaitu anugerah tertinggi dalam sistem penganugerahan inovasi.  Pada masa yang sama,  kami juga dapat mempertahankan piala Pusingan Kategori Sistem Maklumat yang diperolehi pada tahun lepas. 

Alhamdulillah... Satu lagi inovasi sistem kaunseling mendapat perhatian dan menarik minat pihak juri serta para hadirin dalam memudahkan perkhidmatan kaunseling dan meningkatkan profesion Amalan Kaunseling terutamanya di sekolah.

'Moga Allah memberi kemudahan dan keberkatan atas usahaku ni.. Dan diharapkan ada lagi idea dan buah fikiran untuk aku membuat kebajikan dalam dunia kerjaya yang ku sayangi ni'

'merasa bangga diri itu boleh,  kerana usahanya membuah hasil, akan tetapi rasa syukur itu perlu diiringi'

Kenangan bersama YB.  Menteri Pendidikan Malaysia
Anugerah Pingat Emas
MyTeam 
Euphorian my team
Euphoria lagi
Admin dibooth pameran

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.