TAKLIMAT SISTEM KAUNSELING KEPADA ROMBONGAN PELAWAT DARI MGK TUMPAT KELANTAN

18 NOVEMBER 2016 LALU satu rombongan pelawat dari majlis Guru Kaunseling Daerah Tumpat Kelantan ke sekolah admin bagi melihat dan mempelajari tentang Amalan Perkhidmatan Kaunseling Abad ke 21.

Atur cara lawatan dimulakan dengan taklimat aluan dari PK HEM sekolah admin bagi mewakili Puan Pengetua yang tiada disekolah.  Selepas itu,  ucapan dari Penolong Pengawai PPD Tumpat dan diteruskan dengan penyampaian cenderamatan dari pihak pelawat kepada pihak sekolah dan sebaliknya. 

Slot pekongsian bermula dengan Taklimat Pengurusan Terbaik Perkhidmatan Kaunseling oleh Cikgu Nurhaiza, ketua kaunselor dan diteruskan dengan slot admin berkaitan dengan Taklimat Sistem Kaunseling ke arah Perkhidmatan Kaunseling Abad ke 21.

Admin memberi taklimat tentang pengoperasian sistem dalam memudahkan kerja kaunselor dan menarik minat klien untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Admin menunjukkan secara langsung bagimana ketiga2 sistem yang dibangun dapat memudahkan kerja kaunselor dalam pengurusan kaunseling,  psikometrik dan pelaporan.  Alhamdulillah seperti biasa ia mendapat sambutan dan jarang2 mereka melihat bahawa ada satu sistem yang boleh memudahkan kerja dan menjimatkan masa kaunselor sehingga 90%.

Habis sahaja taklimat dibilik mesyuarat pelawat dibawa ke bilik kaunseling untuk melihat sendiri kemudahan perkhidmatan kaunseling abad ke21.  Pada masa yang sama ramai guru kaunseling berminat untuk dapatkan sistem yang kami amalkan dan ada juga Pengawai PPD ingin menjemput admin datang ke kelantan untuk berkongsi dengan kaunselor2 di kelantan.

Tq semua.. Doakan admin agar dapat memberi makna dalam kehidupan kalian semua. 

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.