EUPHORIA KAUNSELING : JOHAN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016

13 Oktober 2016 - Alhamdulillah..  Ketiga-tiga Sistem Admin bangunkan mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan, apabila Penulisan dan Pembentangan admin tentang ketiga-tiga sistem yang dibangunkan dan Amalkan di SMK Cheras dinobatkan sebagai JOHAN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016.

Kami berkampung di institut Aminuddin Baki Cawang Utara,  Jitra,  Kedah selama 3 hari bermula 11 oktober lalu bagi memenuhi jemputan pameran,  pembentang dan penerimaan anugerah..   Booth pameran kami dibuka selama 3 hari, pengunjung tidak putus mendapatkan maklumat dan penerang tentang ketiga2 sistem kami amalkan di sekolah..  Sampai kering lah air liur admin..  Hihi.. Pada pameran tersebut admin mula membuka tempahan upah bangun sistem untuk tahun 2017 kepada sekolah yang berminat untuk mendapatkan sistem tersebut..  Emm bayangkan smpai 4 muka surat penuh dengan senarai sekolah yang berminat... Cuti sekolah nanti... bekerja la admin untuk memenuhi tempahan tersebut.. 

Hari kedua giliran admin membentangkan Amalan perkhidmatan kaunseling SMK cheras..  Alhamdulillah mendapat respon yang baik dan selepas itu ramai la yang menyerbu booth pameran kami.  Sampai berpeluh rakan kaunselor admin melayan pengunjung..

Hari ketiga,  Majlis penutup dan penyampaian anugerah kepada pemenang.. Alhamdulillah Admin dan pasukan dinobatkan sebagai JOHAN AMALAN TERBAIK PERKHIDMATAN KAUNSELING PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016...

27 OKTOBER 2016 pula tarikh yang dinanti..  Moga manis ni berulang.. 

JOHAN AMALAN TERBAIK KAUNSELING

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
ADMIN DAN PASUKAN DI BOOTH PAMERAN
BERSAMA PEGAWAI KAUNSELING JPWPKL DAN PPWKL
SLOT PEMBENTANG
LAWATAN KETUA SEKTOR KAUNSELING DAN DISIPLIN, BPSH, KPM,  TUAN AB RAHIM
SESI PENERANGAN KEPADA TUAN AB RAHIM

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.