APLIKASI SISTEM e-KIRAAN MERIT SPM

16 Mac 2017 merupakan hari yang bersejarah bagi murid-murid calon SPM Tahun 2016 yang keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2016 diumumkan dan diedarkan kepada para calon. 
Dengan itu,  admin telah berjaya membangunkan satu aplikasi sistem e-Kiraan Merit keputusan SPM sebagai panduan dan alternatif dalam pemilihan institusi pengajian awam yang sebetulnya layak dan menjadi pilihan utama. 


Aplikasi sistem ini bersifat mesra pengguna, cepat dan tepat dalam pengiraan merit.  Murid-murid hanya tanda pada ruang yang disediakan mengikut keputusan peperiksaan dan klik pada submit sahaja.  Dalam masa 5 minit murid akan menerima slip pengiraan merit melalui email. Dalam slip tersebut akan diperincikan secara automatik markah merit yang paling tinggi antara IPTA dan ILKA.  Dengan itu,  murid dapat membuat keputusan dalam pilihan yang menjadi keutamaan dalam pemohonan UPU nanti. 

Berikut admin letakkan butang aplikasi sistem e-Kiraan Merit bagi sekolah admin. Anda dan para murid anda boleh cuba dan lihat keputusan dalam email masing-masing.


Berikut pula layout contoh aplikasi sistem. (view android / mobile)




CONTOH SLIP KEPUTUSAN KIRAAN MERIT MURID AKAN DAPAT MELALUI EMAIL

1 comment:

cikguCMP@. Powered by Blogger.