PERTANDINGAN INOVASI PSIKOLOGI DAN KAUNSELING PERINGKAT KEBANGSAAN, KPM TAHUN 2016

Pada 28 September 2016 lalu, admin dan pasukan menyertai Pertandingan Inovasi Psikologi dan Kaunseling Peringkat KPM di E12,  KPM, PUTRAJAYA.

Inovasi kaunseling yang admin dan pasukan bangunkan pada tahun ini ialah SISTEM e-KLIEN. Sistem ini merupakan sebahagian Modul yang ada dalam sistem D'eKS yang mana admin luaskan skop fungsi dan sasarannya kepada satu sistem tunggal yang boleh berdiri sendiri.

Berbeza inovasi sistem D'eKS yang berfokus kepada pengurusan kerja kaunselor itu sendiri. Manakala sistem e-KLIEN merupakan sistem perhubungan dan penyampaian maklumat antara kaunselor dan klien.  Sasaran klien yang ada dalam sistem ini adalah Murid,  guru dan ibu bapa. 

Pada pembentangan tersebut admin membentangkan tentang keperluan sistem ini di sekolah,  pengoperasian sistem serta impak sistem kepada perkhidmatan kaunseling,  klien dan sekolah.

Alhamdulillah..  Sistem ini mendapat pujian dari pihak ahli penal juri yang terdiri dari pihak pengurusan sekolah,  pensyarah kaunseling universiti dan pihak MAMPU. Selepas pembentangn tersebut berbakul2 admin dan pasukan mendapat ucapan tahniah dan pujian.. Harapan admin dan pasukan semoga inovasi ini dapat memberi kemudahan dan seribu rahmat kepada pengamal kaunseling disekolah mahupun di sekolah malaysia.

Bulan oktober ni kita kutip hasil ye kawan2..  Hihi

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.