APLIKASI e-PSIKOMETRIK DIANUGERAHKAN INOVASI PINGAT EMAS DI KONVENSYEN KAUNSELING KEBANGSAAN KE 20

23 - 24 MEI 2017 - berlangsung konvensyen kaunseling kebangsaan anjuran PERKAMA. Pada konvensyen tersebut juga di anjurkan pertandingan inovasi bagi 2 kategori iaitu Produk dan Modul. 
Admin mengambil peluang ini bagi mengetengahkan satu lagi inovasi admin bagi tahun 2017 iaitu Aplikasi Sistem e-Psikometrik. Pada hari pertandingan tersebut admin sangat terkejut apabila lihat peserta pertandingan terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari universiti dan agensi luar. Melihat hasil inovasi yang dipamerkan admin merasakan rendah diri pula apabila inovasi mereka lagi menarik dan hebat. 

Alhamdulillah... Apabila selesai sesi penjurian oleh profesor-profesor dari universiti, INOVASI APLIKASI e-PSIKOMETRIK admin bangunkan sejak Disember 2016 lalu di ANUGERAHKAN PINGAT EMAS BAGI KATEGORI PRODUK. 

Lebih menarik dan manis lagi apabila PRESIDEN PERKAMA menyatakan akan membawa kami ke Pertandingan Inovasi di GENEVA.  Wahhhh...  Bestnya..  Tapi ada perkara yang sedang bermain-main dibenak fikiran admin. Emmm...

Next...  International Level.. 

Penyampaian Anugerah Emas
Bersama Dato Dr. Halim, Presiden PERKAMA International
Bersama Prof. Dr.  Zuria, Guru admin semasa Master di UKM
Bersama Prof. Dr.  Jazimin, Guru admin semasa Ijazah Pertama di UPSI
ex Team, Guru Kaunseling SMK CHERAS,  dapat Anugerah PERAK dalam Kategori MODUL
Admin dan rakan bersama Guru kami semasa Ijazah Pertama di UPSI, Beliau juga Peserta INOVASI

My ex Partner and Mentor Cg. Nurhaiza mendapat Anugerah Perak bagi Inovasi Modul Risiko Keciciran Murid
Rakan Unit Data dan Psikometrik di BPsK KPM

My Booth semasa pertandingan
Sesi penjurian oleh Profesor jemputan dari UPSI dan UKM
penerangan kepada Dato Presiden. 

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.