SISTEM DeKS

SISTEM D'eKS (DASHBOARD e-KAUNSELOR SEKOLAH)

Fungsi utama sistem ini adalah untuk Kerja Pengurusan Kaunseling secara atas talian dan database (pengkalan data). Antara aplikasi sistem yang ada dalam sistem ini adalah seperti berikut;
  1. Aplikasi Sistem e-Kaunseling yang berfungsi untuk mengurus segala  maklumat pelaporan sesi kaunseling, bimbingan, program dan konsultasi. Ia juga menganalisis data secara automatik dalam bentuk pelaporan L4 semasa dan dalam bentuk graf yang interaktif.
  2. Aplikasi Sistem e-Pelaporan yang berfungsi sebagai penyediaan borang pelaporan secara online mengikut format pelaporan yang dikeluarkan oleh KPM. Ia juga boleh menyimpan data secara kekal didalam sistem walaupun pelaporan tersebut telah dihantar.
  3. Aplikasi Sistem e-Pengurusan yang berfungsi sebagai stor penyimpanan bahan, fail, foto dan apa-apa bahan softcopy. Ia berkonsepkan penyimpanan secara atas talian dan boleh dicapai dimana-mana sahaja (Konsep Could).
  4. Aplikasi Sistem Cetakan pelaporan dan Pengkalan Data Pelaporan sesi. Ia berfungsi sebagai pengkalan data yang menyimpan semua pelaporan sesi dan di susun mengikut Abjad Nama Klien, Tarikh Sesi atau Program. Ini memudahkan carian fail atau pelaporan sesi apabila keperluan untuk rujukan semula.

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.