SISTEM e-KLIEN

SISTEM e-KLIEN

Fungsi utama sistem ini adalah bertindak sebagai medium perhubungan antara kaunselor dengan klien (murid, guru dan ibu bapa). Selain itu, ia juga bertindak sebagai penyampaian maklumat secara berpusat kepada klien sasaran. Antara Aplikasi sistem yang ada dalam sistem e-Klien adalah seperti berikut;

  1. Aplikasi e-Sharing yang berfungsi sebagai medium perkongsian permasalahan dengan kaunselor secara online dan dihantar secara terus kepada kaunselor pilihan klien ke telefon pintar kaunselor tersebut.
  2. Aplikasi e-Temujanji Kaunselor yang mana ia berfungsi sebagai borang temujanji secara online dan dihantar kepada kaunselor pilihan melalui telefon pintar kaunselor tersebut.
  3. Aplikasi e-Intervensi yang menyediakan himpunan borang Inventori Psikologi. Penyediaan borang tersebut secara online dan klien boleh menjawab secara online dan terus mendapat skor. Ia menggalakkan klien membuat penerokaan kendiri secara self service.
  4. Aplikasi e-Rujukan Kaunseling yang berfungsi sebagai borang rujukan murid oleh guru secara online dan dihantar terus ke telefon konselor yang bertugas.
  5. Aplikasi e-Cadangan yang membolehkan ibubapa memberi cadangan atau sumbangan kepakaran kepada pihak sekolah melalui PIBK sekolah.
  6. Aplikasi e-Pelawat dan Daftar Klien yang berfungsi sebagai Buku Pelawat dan Buku Daftar Klien secara online. Senarai nama akan disimpan dan dipamer di paparan skrin komputer serta akan dianalisis dalam bentuk graf tentang statistik kehadiran pelawat dan klien ke bilik kaunseling.

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.