Pelaksanaan Ujian Profil Personaliti secara Online kepada Calon Kenaikan Pangkat Jawatan Tertinggi di KPM

17 Jun 2016 - Hari ini admin dipelawa untuk melaksanakan UJIAN PROFIL PERSONALITI PSIKOLOGI kepada 24 calon kenaikan pangkat jawatan tertinggi KPM secara online menggunakan sistem yang admin bangun.

Pengalaman baru bagi admin apabila diberi kepercayaan dan tanggangjawab ini, lebih2 lagi menjalani ujian secara online kepada calon-calon yang berada di luar negara.

Ujian bermula 3.30 petang, admin mula membuka pautan soalan kepada semua calon sehingga jam 3.55 petang admin tutup pautan soalan.. Alhamdulillah berjalan lancar, kesemua calon berjaya menjawab dengan jayanya.

Sistem akan proses dan analisis untuk mendapatkan dapatan jawapan dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia.

Thanks Allah, Thank you Hj. Hasnan...

Sesungguhnya kerja cipta kita akan dinilai oleh yang maha pencipta

Selepas Perlaksanaan Ujian 
Bersama Ketua Penolong Setiausaha BPsK dan Kaunselor Kanan BPsk

No comments

cikguCMP@. Powered by Blogger.